Friday 29 August 2014

PADA TANAH MERDEKA INI


Kami kenal tanah ini
selutnya pernah berbaurhanyar darah yang tumpahdaripada liang derita para pejuang
lumpurnya pernah tersimbahdaripada batang tumbuh para pahlawanrelung tanah ini pernah bergegardek jerit pekik pejuang kemerdekaan

yang mencari benih kebebasandadanya pernah mengambuskujuran kaku anak nusayang bangkit membina bentengbersama keris dan tombahk bersahajamenyambung nyawa – demi tanah initidak diragut ganas.

Pada tanah merdeka ini
telah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal diri – lalu
api nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksa
menunggu sepi mentari Ogos
untuk bernyala kembali

yang membelah relung tanah ini dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi
erti kemerdekaan kian kabur
dalam mata fikir anak-anak kini.
Namun kami tetap bersyukur
kerana dengan korban suci


Nukilan:
Wan Muhamad Shukri Wan Abd Rahman

No comments:

Post a Comment